YUSNIZAN MD YUSOF

Didiklah Anakmu Sesuai dengan Zamannya

اللهم صلى على محمد وآل محمد
Rasulullah saw telah bersabda:Ajarkanlah anak-anak kamu itu tiga perkara :Mencintai Nabi kamu,mencintai kaum keluarganya serta membaca al- Quran.(Riwayat Ad-Dailami).Saya suka mengambil pendekatan dari Saidina Ali karamallahu wajhah katanya:"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya".Tanpa disedari anak-anak kita telah memasuki satu fasa kehidupan yang menyeronokkan.Jika tiada pemantauan awal oleh ibu bapa,saya percaya perkara ini akan meruncing.
Usia anak-anak kita akan bertambah dari satu hari ke satu minggu ke satu bulan dan tahun yang mengelarkan diri mereka "remaja" yang memerlukan perhatian, asuhan dan pengajaran kerana mereka ini bersifat kegilaan sepertimana Rasulullah saww telah bersabda:Remaja itu adalah satu pecahan dari kegilaan-riwayat Abu Nu'man al-Ashbahani.Oleh kerana inilah tiada yang lebih baik daripada adab yang perlu ibubapa terapkan keatas anak-anak.Ada kata-kata yang menyebutkan:Sesungguhnya anak-anak kamu dijadikan untuk zaman yang lain dari zaman kamu.

Formula Mudah Mendidik Anak Remaja:

1.Jika seorang anak sentiasa dikecam, ia akan menjadi seorang yang suka mengacau.
2.Jika seorang anak sentiasa dimusuhi,ia akan menjadi seorang yang suka berkelahi.
3.Jika seorang anak sentiasa diberi malu,ia akan menjadi seorang yang sentiasa bersalah.
4.Jika seorang anak sentiasa diberikan peluang,ia akan menjadi seorang yang penyabar.
5.Jika seorang anak sentiasa menerima galakan, ia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan.
6.Jika seorang anak sentiasa diberi pujian diatas sikap yang baik, ia akan menjadi seorang yang tahu menghargai.
7.Jika seorang anak sentiasa dilayan dengan saksama, ia akan menjadi seorang yang bersikap adil.
8.Jika seorang anak sentiasa mendapat perlindungan,ia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri.
9.Jika seorang anak sentiasa diberi pengiktirafan, ia akan menjadi seorang yang menyukai dirinya dan orang lain.
10.Jika seorang anak sentiasa mendapat ilmu Ahlul Bait ia akan menjadikan dunia ini tempat yang tenang dan bahagia sehingga ke syurga

Kuasa-kuasa Yang Anda Miliki Dalam Mendidik:

1.Kuasa perkataan-berikan penghargaan
2.Kuasa sentuhan-Peluk,belai serta ciuman.

Apa Beza Tegas Dan Garang?

"Kalau kita garang anak benci.Kalau kita tegas,anak-anak akan sayang dan hormat"

Ayat Manis

1.Tulis di atas sehelai kertas dengan menggunakan ayat-ayat yang dimulakan dengan:

- " Mak mahu....."
- " Abah lebih suka..."
- " Tolong Mak dan Abah..."



ad

Blog Archive